BALASAN BAGI ORANG YANG
MENINGGALKAN SHOLAT
Diriwayatkan bahawa pada suatu hari Rasulullah S.A.W sedang duduk bersama
para sahabat, kemudian datang pemuda Arab masuk ke dalam masjid dengan
menangis.
Apabila Rasulullah S..A.W melihat pemuda itu menangis maka baginda pun
berkata, "Wahai orang muda kenapa kamu menangis?"Maka berkata
orang muda itu, "Ya Rasulullah S.A.W, ayah saya telah meninggal dunia
dan tidak ada kain kapan dan tidak ada orang yang hendak memandikannya."
Lalu Rasulullah S.A.W memerintahkan Abu Bakar r.a. dan Umar r.a. ikut orang
muda itu uNtuk melihat masalahnya. Setelah mengikut orang itu, maka Abu Bakar
r.a dan Umar r.a. mendapati ayah orang mudah itu telah bertukar rupa menjadi
babi hitam, maka mereka pun kembali dan memberitahu kepada Rasulullah S.A.W, "Ya
Rasulullah S.A.W, kami lihat mayat ayah orang ini bertukar menjadi babi hutan
yang hitam."
Kemudian Rasulullah S.A.W dan para sahabat pun pergi ke rumah orang muda
dan baginda pun berdoa kepada Allah S.W.T, kemudian mayat itu pun bertukar
kepada bentuk manusia semula. Lalu Rasulullah S.A.W dan para sahabat
menyembahyangkan mayat tersebut.
Apabila mayat itu hendak dikebumikan, maka sekali lagi mayat itu berubah
menjadi seperti babi hutan yang hitam, maka Rasulullah S.A.W pun bertanya
kepada pemuda itu, "Wahai orang muda, apakah yang telah dilakukan oleh
ayahmu sewaktu dia di dunia dulu?"
Berkata orang muda itu, "Sebenarnya ayahku ini tidak mahu
mengerjakan solat." Kemudian Rasulullah S.A.W bersabda, "Wahai
para sahabatku, lihatlah keadaan orang yang meninggalkan sembahyang. Di hari
kiamat nanti akan dibangkitkan oleh Allah S.W.T seperti babi hutan yang
hitam."
Di zaman Abu Bakar r.a ada seorang lelaki yang meninggal dunia dan sewaktu
mereka menyembahyanginya tiba-tiba kain kapan itu bergerak. Apabila mereka
membuka kain kapan itu mereka melihat ada seekor ular sedang membelit leher
mayat tersebut serta memakan daging dan menghisap darah mayat. Lalu mereka cuba
membunuh ular itu.
Apabila mereka cuba untuk membunuh ular itu, maka berkata ular tersebut,
"Laa ilaaha illallahu Muhammadu Rasulullah, mengapakah kamu semua hendak
membunuh aku? Aku tidak berdosa dan aku tidak bersalah. Allah S.W.T yang
memerintahkan kepadaku supaya menyeksanya sehingga sampai hari kiamat."
Lalu para sahabat bertanya, "Apakah kesalahan yang telah dilakukan
oleh mayat ini?"
Berkata ular,
"Dia telah melakukan tiga kesalahan, di antaranya :"
1. Apabila
dia mendengar azan, dia tidak mahu datang untuk sembahyang berjemaah.
2. Dia
tidak mahu keluarkan zakat hartanya.
3. Dia
tidak mahu mendengar nasihat para ulama.
Dan itulah
balasan bagi orang-orang yang telah meninggalkan sholat.