ALLAH SWT MENOLAK 1 DO’A DARI 3 DO’A RASULULLAH SAW


ALLAH SWT MENOLAK 1 DO’A DARI 3 DO’A RASULULLAH SAW

Amir bin Said dari bapanya berkata bahawa : "Satu hari Rasulullah S.A.W telah datang dari daerah berbukit. Apabila Rasulullah S.A.W sampai di masjid Bani Mu'awiyah lalu beliau masuk ke dalam masjid dan menunaikan solat dua rakaat. Maka kami pun turut solat bersama dengan Rasulullah S.A.W.Kemudian Rasulullah S.A.W berdoa dengan doa yang agak panjang kepada Allah S.W.T.

Setelah selesai beliau berdoa maka Rasulullah S.A.W pun berpaling kepada kami lalu bersabda yang bermaksud : "Aku telah bermohon kepada Allah S.W.T tiga perkara, dalam tiga perkara itu cuma dia memperkenankan dua perkara saja dan satu lagi ditolak.

1.     Aku telah bermohon kepada Allah S.W.T supaya ia tidak membinasakan umatku dengan musim susah yang berpanjangan. Permohonanku ini diperkenankan oleh Allah S.W.T.

2.     Aku telah bermohon kepada Allah S.W.T supaya umatku ini jangan dibinasakan dengan bencana tenggelam (seperti banjir besar yang telah melanda umat Nabi Nuh s.a). Permohonanku ini telah diperkenankan oleh Allah S.W.T.

3.     Aku telah bermohon kepada Allah S.W.T supaya umatku tidak dibinasakan kerana pergaduhan sesama mereka (peperangan, pergaduhan antara sesama Islam). Tetapi permohonanku telah tidak diperkenankan (telah ditolak).

Apa yang kita lihat hari ini ialah negara-negara Islam sendiri bergaduh antara satu sama lain, hari ini orang Islam bergaduh sesama sendiri, orang kafir menepuk tangan dari belakang, dan seharusnya kita sadar akan hal itu..!!



Share this article :

+ komentar + 1 komentar

28 Februari 2022 pukul 02.11

Blackjack online with blackjack at the best casino in the US - Casino
Blackjack is 포커 게임 one of 룰렛돌리기 the most popular games in the world and has become a standard game in casinos all over 인터넷 바카라 the ㅅ ㅇㅌ 추천 world. Many online 토토 배당률 casinos offer a range of

Posting Komentar

 
Support Download CV
Copyright © 2011 KISAH TELADAN All Rights Reserved